Thursday, December 19, 2019

About Myself..

hey disana

dah post ke berapa baru nak buat tentang diri sendiri...apa daaaa

Well saya cuai dalam hal ni...biarlah blog ni jadi sebagai kenangan sahaja lah.

Nama diberi Amir Najmuddin bin Asri, umur 23 anak sulung daripada 5 orang adik beradik, menetap di Semenyih, Selangor. saya tak tahu nak citer pasal apa jadi saya citer tentang projek akhir diploma saya sahaja lah.


Saya seorang graduan Institut Kraf Negara dalam bidang Seni Kraf Logam (Fine Art Metal). Bila orang tanya saya ni diploma apa saya cakap IKN dalam seni kraf logam....ramai tak tahu sebenarnya institut ni sebab institut ni bernaung di bawah kementerian kebudayaan dengan kerjasama kementerian pendidikan. IKN ni terletak di Jalan Templer, Rawang.. IKN ni kurang popular kerana kewujudan tidak pernah terlintas dalam fikiran lepasan SPM untuk sambung belajar. Saya dapat tahu tempat ni disebabkan ayah saya yang terjumpa tempat ni jadi saya mohon lah untuk belajar disini



ni logo rasmi IKN

Itu bangunan JHEPA IKN

 Dalam bidang ini saya khusus belajar tentang penggunaan logam berharga untuk menghasilkan produk yang pelbagai jenis daripada perhiasan rumah sehingga lah ke barang kemas lelaki dan perempuan. Batch saya originalnya 5 lelaki dan 2 perempuan sahaja, tetapi pada akhir tahun semester ditambah dengan 5 lelaki.


ha ni lah coursemate saya dengan pensyarah kami en Charlie.
Penggunaan logam berharga limited pada jenis produk yang kita ingin buat contohnya kalau nak buat lampu lebih baik gunakan logam tembaga kalau barang kemas disini kami belajar menggunakan perak...emas jarang sekali kerana amat berharga.

Jadi salah satu produk akhir tahun saya ialah Lampu perhiasan meja.



Saya menggunakan motif bangunan KTM KL sebagai contoh saya untuk mereka lampu hiasan ni. Pertama sekali saya pergi terus ke bangunan KTM tersebut mengambil gambar contoh. Saya tertarik dengan Gaya Moors British pada kubah tersebut dan bila waktu malam bangunan yang ada kubah akan dinyalakan lampu untuk memberikan penjelasan yang tinggi

Sumber

Jadi inspirasi bangunan tu jelas pada saya untuk menjadikan sebagai lampu. Setelah berpenat lelah menghasilkan lampu tersebut hasilnya sangat memuaskan.



Saya minta maaf kalau gambar tu tak jelas tapi pandangan saya memang cantik. bayang-bayang dihasilkan sangat tersusun dan bila saya tengok hasil camni saya sangat teruja dan bangga dengan diri sendiri kerana saya mampu mereka produk sebegini. Bila masa penilaian tetamu luar memang puji dengan hasil saya ini dengan tidak lupa juga cadangan dan kritikan yang bernilai pada saya untuk  memantapkan lagi diri saya.

Oklah itu sahaja dari saya ...bye2

Tuesday, December 17, 2019

Kawan baru saya syahir

henlo everybody

saya nak memperkenalkan kawan saya iaitu Syahir. First time saya jumpa dia ketika Perjumpaan Orientasi Fakulti(FTV). Dia adalah budak sains pertanian. first impression saya terhadap dia adalah seorang yang normal dan mudah didekati. Walaupun saya tidak rapat sangat dengan dia tetapi saya mengenali dia atas dasar kami sefakulti.


So yeah nama penuh dia ialah Muhammad Syahir bin Che Yahaya, berasal dari Kubang Kerian, Kelantan. Tarikh lahir dia 23/10/97. anak ke 5 dari 5. Saya baru tahu dia anak bongsu rupanya😮😮😮 makanan kesukaan nasi kak wook. nasi kak wook ini berasal kelantan dan hampir serupa dengan nasi kukus sakenah kat PT tu tapi bezanya ayam nasi kok wook ini dipotong kecil dan kuahnya berbeza mengikut citarasa masing-masing. macam nak gi kelantan terus cari nasi kak wook ni😋😋 air lak teh ais.

Minat dia main game komputer Dota2. Dota2 ni macam ML tapi lebih kompleks sebab cara permainan dia melibatkan pemikaran dan ketangkasan yang tinggi💪💪


Syahir bersama dengan Miss Izazol kami.

Ciri-ciri yang saya nampak pada syahir untuk menjadi guru kerja syahir berkualiti walaupun last minute, pandai dalam  teknologi maklumat dan komunikasi dan berjiwa tenteram. Pandangan saya walaupun kerja last minit tak digalakkan tetapi bagi syahir ianya ok kerana dia pandai dalam hal2 tersebut . tadi saya ada sebut dia minat main game komputer game tak semestinya dia main game sahaja, teknologi maklumat dan komunikasi tu saya rasa boleh membantu syahir untuk menjadi guru yang mahir untuk mempelbagaikan kaedah PdP di kelas.


lain tu, syahir ni jiwa dia sentiasa sabar dan tenteram. sikap dia ni pasti akan membantu dia untuk menjadi guru yang memahami pelajarnya.


sekarang syahir sibuk buat kerja assignment berlambak ni biasalah dah minggu ke 14 dah tambah lagi kene study untuk final exam. ahh saya pun sama juga takde beza pun ... ni namanya budak upsi kalau buat kerja saat-saat akhir ni.


well itulah syahir daripada pandangan saya, harapnya kita berdua dapat tolong antara satu sama lain.



Wednesday, December 11, 2019

Isu salah laku guru terhadap murid.

Guru merupakan orang yang penting dalam mendidik murid sebagai ahli masyarakat yang berguna. Maka guru perlu mempunyai sahsiah diri yang murni untuk memikul tanggungjawab tersebut. Menurut Mok Song Sang (2003), guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Kanak-kanak berhadapan dengan guru sejak dari 6 tahun pada peringkat prasekolah sehingga zaman remaja. Segala perbuatan, gerak laku serta tingkah laku seorang guru akan diperhati oleh murid. Tetapi bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga', sesetengah guru telah melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik guru. Salah satu kes salah laku guru terhadap murid ialah pencabulan. Cabul menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan. Berikut adalah contoh-contoh kes pencabulan guru terhadap murid:


Kes 1:
Keratan aktikel tersebut mengisahkan tentang seorang guru bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 110 tahun atas kesalahan melakukan kesalahan seksual terhadap tiga murid lelakinya. guru tersebut juga berhadapan dengan 4 pertuduhan atas kesalahan mencabul kehormatan dua murid berusia 11 tahun di 3 lokasi berbeza.
Kes 2:
 Keratan aktikel mengenai seorang ustaz di negara seberang telah mencabul sebanyak 65 murid lelaki. Dia secara terang-terangan telah melakukan perbuatan terkutuk ini ketika sesi mengajar. Beliau juga melakukan perbuatan ini didalam bilik mandi, kolam renang dan bas ketika rombongan sekolah Beliau mengakui tidak menahan nafsunya ketika melihat wajah anak muridnya yang cantik itu. Ustaz tersebut dijatuhkan hukuman selama 15 tahun dan akan ditambah kerana seorang pendidik harus menjadi teladan.

Kes 3:
Guru tersebut telah melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam makmal sekolah. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat 18 kali. Tertuduh merayu agar hukumannya diringankan atas alasan sudah insaf dan mempunyai isteri dan 5 orang anak untuk ditanggung.
--------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, isu salah laku guru terhadap guru merupakan isu yang berat untuk dibicarakan. Guru seharusnya memikirkan tanggungjawab lebih daripada hal-hal peribadi. Kepincangan isu ini menyebabkan golongan guru dipandang serong dah tidak dihormati oleh golongan masyarakat.
Guru yang terlibat dengan dengan isu salah laku bukan sahaja perlu dihukum tetapi diberikan rawatan terapi mental untuk membantu mereka yang terlibat.
Menjadi seorang guru bukannya mudah tetapi salah satu sifat guru yang perlu ada ialah mempunyai daya tahan yang tinggi. Guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan dipandang tinggi manakala yang bermasalah akan menjadi sebaliknya.