Wednesday, December 11, 2019

Isu salah laku guru terhadap murid.

Guru merupakan orang yang penting dalam mendidik murid sebagai ahli masyarakat yang berguna. Maka guru perlu mempunyai sahsiah diri yang murni untuk memikul tanggungjawab tersebut. Menurut Mok Song Sang (2003), guru adalah pendidik dan pengasuh kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Kanak-kanak berhadapan dengan guru sejak dari 6 tahun pada peringkat prasekolah sehingga zaman remaja. Segala perbuatan, gerak laku serta tingkah laku seorang guru akan diperhati oleh murid. Tetapi bak kata pepatah 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga', sesetengah guru telah melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik guru. Salah satu kes salah laku guru terhadap murid ialah pencabulan. Cabul menurut Dewan Bahasa dan Pustaka ialah keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (ttg kata-kata yg dituturkan): kata-kata yg ~. 2 melanggar adat kebiasaan (ttg kelakuan); buruk lagi tidak sopan. Berikut adalah contoh-contoh kes pencabulan guru terhadap murid:


Kes 1:
Keratan aktikel tersebut mengisahkan tentang seorang guru bakal berhadapan dengan hukuman penjara selama 110 tahun atas kesalahan melakukan kesalahan seksual terhadap tiga murid lelakinya. guru tersebut juga berhadapan dengan 4 pertuduhan atas kesalahan mencabul kehormatan dua murid berusia 11 tahun di 3 lokasi berbeza.
Kes 2:
 Keratan aktikel mengenai seorang ustaz di negara seberang telah mencabul sebanyak 65 murid lelaki. Dia secara terang-terangan telah melakukan perbuatan terkutuk ini ketika sesi mengajar. Beliau juga melakukan perbuatan ini didalam bilik mandi, kolam renang dan bas ketika rombongan sekolah Beliau mengakui tidak menahan nafsunya ketika melihat wajah anak muridnya yang cantik itu. Ustaz tersebut dijatuhkan hukuman selama 15 tahun dan akan ditambah kerana seorang pendidik harus menjadi teladan.

Kes 3:
Guru tersebut telah melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam makmal sekolah. Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan sebat 18 kali. Tertuduh merayu agar hukumannya diringankan atas alasan sudah insaf dan mempunyai isteri dan 5 orang anak untuk ditanggung.
--------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, isu salah laku guru terhadap guru merupakan isu yang berat untuk dibicarakan. Guru seharusnya memikirkan tanggungjawab lebih daripada hal-hal peribadi. Kepincangan isu ini menyebabkan golongan guru dipandang serong dah tidak dihormati oleh golongan masyarakat.
Guru yang terlibat dengan dengan isu salah laku bukan sahaja perlu dihukum tetapi diberikan rawatan terapi mental untuk membantu mereka yang terlibat.
Menjadi seorang guru bukannya mudah tetapi salah satu sifat guru yang perlu ada ialah mempunyai daya tahan yang tinggi. Guru yang mempunyai sahsiah yang tinggi akan dipandang tinggi manakala yang bermasalah akan menjadi sebaliknya.

1 comment: