dah post ke berapa baru nak buat tentang diri sendiri...apa daaaa
Well saya cuai dalam hal ni...biarlah blog ni jadi sebagai kenangan sahaja lah.
Nama diberi Amir Najmuddin bin Asri, umur 23 anak sulung daripada 5 orang adik beradik, menetap di Semenyih, Selangor. saya tak tahu nak citer pasal apa jadi saya citer tentang projek akhir diploma saya sahaja lah.
Saya seorang graduan Institut Kraf Negara dalam bidang Seni Kraf Logam (Fine Art Metal). Bila orang tanya saya ni diploma apa saya cakap IKN dalam seni kraf logam....ramai tak tahu sebenarnya institut ni sebab institut ni bernaung di bawah kementerian kebudayaan dengan kerjasama kementerian pendidikan. IKN ni terletak di Jalan Templer, Rawang.. IKN ni kurang popular kerana kewujudan tidak pernah terlintas dalam fikiran lepasan SPM untuk sambung belajar. Saya dapat tahu tempat ni disebabkan ayah saya yang terjumpa tempat ni jadi saya mohon lah untuk belajar disini
ni logo rasmi IKN |
Itu bangunan JHEPA IKN |
Dalam bidang ini saya khusus belajar tentang penggunaan logam berharga untuk menghasilkan produk yang pelbagai jenis daripada perhiasan rumah sehingga lah ke barang kemas lelaki dan perempuan. Batch saya originalnya 5 lelaki dan 2 perempuan sahaja, tetapi pada akhir tahun semester ditambah dengan 5 lelaki.
Penggunaan logam berharga limited pada jenis produk yang kita ingin buat contohnya kalau nak buat lampu lebih baik gunakan logam tembaga kalau barang kemas disini kami belajar menggunakan perak...emas jarang sekali kerana amat berharga.
Jadi salah satu produk akhir tahun saya ialah Lampu perhiasan meja.
Saya menggunakan motif bangunan KTM KL sebagai contoh saya untuk mereka lampu hiasan ni. Pertama sekali saya pergi terus ke bangunan KTM tersebut mengambil gambar contoh. Saya tertarik dengan Gaya Moors British pada kubah tersebut dan bila waktu malam bangunan yang ada kubah akan dinyalakan lampu untuk memberikan penjelasan yang tinggi
Sumber |
Jadi inspirasi bangunan tu jelas pada saya untuk menjadikan sebagai lampu. Setelah berpenat lelah menghasilkan lampu tersebut hasilnya sangat memuaskan.
Saya minta maaf kalau gambar tu tak jelas tapi pandangan saya memang cantik. bayang-bayang dihasilkan sangat tersusun dan bila saya tengok hasil camni saya sangat teruja dan bangga dengan diri sendiri kerana saya mampu mereka produk sebegini. Bila masa penilaian tetamu luar memang puji dengan hasil saya ini dengan tidak lupa juga cadangan dan kritikan yang bernilai pada saya untuk memantapkan lagi diri saya.
Oklah itu sahaja dari saya ...bye2
No comments:
Post a Comment